Assalammualaikum sahabat-sahabat semua ---------- Senyum Selalu ---------

Emas4u

HARGA KEDAI EMAS SEMASA



Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas. Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik. Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan kongsikan dibawah. Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Bila minda sudah bersedia.. semuanya mudah belaka

Siapkan minda anda terlebih dahulu.
 
First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan
   menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan
   sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan
   proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.
    Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa
    yang sesuai untuk bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam
    jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan.
    Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas
    bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.
   Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.
5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim
    pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan
    pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka
    (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).
    Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan
    pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan
     dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca
     laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:

i. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
ii. Kitco (www.kitco.com)
iii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com)
iv. World Gold Council (http://www.gold.org/)
v. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
vii. Casey Research (www.caseyresearch.com)
viii. Mineweb (www.mineweb.com)

Pelan tindakan.

 Terdapat 2 pelan tindakan yang perlu anda ambil:
  1. Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
  2. Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.

Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.

Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!

Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.
Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.
Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.

Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal :)


Gambar: Harga emas makin lama makin naik dan dijangkakan naik sehingga $10,000 pada 2012 (click sini)

Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.

Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu.  Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.

Jadi ambil tindakan sekarang!!

Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.

Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap 3 bulan.

Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.

Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.

Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik pemurataan kos, saya akan berikan anda satu contoh:

 
 

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!
Bagaimana hendak melabur dengan emas?
Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.


Bagaimana Nak Mula Pelaburan Emas

Salam sahabat emas…Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula pelaburan emas.Mereka bukan tak nak tapi tidak tahu hendak mula dari mana.Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram/skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya.
Adakah mereka yang tahu mengenai pelaburan emas tidak menyampaikan info mengenai pelaburan emas ? Adakah pelaburan emas memerlukan modal yang tinggi ?
Adakah pelaburan emas tidak mendatangkan pulangan yang banyak dan cepat ?
Adakah sikap orang kita sendiri malas untuk mencari ilmu mengenai pelaburan emas ?
Baiklah , kita tinggalkan persoalan diatas kerana jawapannya tidak penting sama sekali.Apa yang penting tindakan.Tanpa tindakan kita tidak akan ke mana-mana.Jika anda sudah pun mengetahui tentang emas , saya rasa ia satu anugerah yang cukup bernilai dari Allah Taala.So tugas kita semua , sampaikan pada mereka yang belum @ tidak tahu mengenai emas.
So bagi meneruskan cerita emas pada kali ini , saya huraikan secara ringkas bagaimana nak mula pelaburan emas / perniagaan emas.
  1. Sediakan modal yang mencukupi.Modal yang diperlukan dalam bentuk duit fiat dan ilmu mengenai emas ( ilmu boleh dipelajari blog ini secara percuma @ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengelaman ).
  2. Setelah anda mempunyai modal , terdapat 2 kaedah pelaburan emas.Kaedah pertama dengan beli/jual emas fizikal seperti dinar kelantan/kijang emas/emas public gold dan sebagainya.Kaedah kedua dengan membuka akaun pelaburan emas dengan bank Maybank atau Public Bank.
  3. Akhir sekali , anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa.
p/s : Cukup dah kot penerangan serba ringkas mengenai bagaimana nak mula pelaburan emas.Kalau ada apa-apa masalah boleh komen disini atau pun di email ke insankammil82@yahoo.com atau boleh hubungi saya di 017-7877078.

 Modal Memulakan Pelaburan / Perniagaan Emas

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan Semesta Alam yang telah mencelikkan minda dan fikiran ramai rakyat Malaysia untuk menyedari hakikat kepentingan menyimpan emas. Semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia ingin mengetahui dan mempelajari serta mendalami ilmu berkaitan emas. Dek kerana daya tarikannya yang kuat, maka aura emas telah berjaya menarik keinginan mereka untuk memulakan pelaburan dan perniagaan emas yang dikira pada kasarnya memberikan pulangan yang lumayan.
Alhamdulillah, terbukti benar bahawa emas adalah salah satu instrumen pelaburan yang menguntungkan kerana sifat dan nilai intrinsiknya seperti komoditi-komoditi yang lain. Graf harga emas menunjukkan kenaikan yang mendadak bagi 10 tahun kebelakangan ini (2000 – 2010) berbanding 10 tahun sebelumnya (1990 – 2000). Walaupun pergerakan kenaikan emas berada pada kadar biasa bagi tempoh 1990 – 2000, tetapi kenaikan harga tetap berlaku saban tahun.



Kenaikan mendadak tanpa amaran menyebabkan kerunsingan segelintir pelabur kerana tidak mahu ketinggalan untuk memulakan pelaburan agar dapat mengaut keuntungan apabila tiba masa yang sesuai nanti setelah objektif masing-masing tercapai. Tetapi kerana emas ialah satu unsur atau lambang kemewahan dan kekayaan, maka rata-rata merasakan mereka tidak mampu memilikinya.
Persoalannya, adakah emas memerlukan modal pelaburan yang tinggi seperti diwar-warkan? Adakah anda perlu tergolong dalam kategori kaya terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan emas? Adakah benar memulakan pelaburan atau perniagaan emas memerlukan puluhan ribu ringgit? Jika ini persepsi kita, maka yang kaya akan terus kaya dan yang selainnya akan terus berada di tahap yang sama sedangkan antara tujuan memiliki, menyimpan dan melabur emas ialah untuk meningkatkan taraf hidup seseorang individu.

HARGA EMAS SENTIASA NAIK 


Salam…sudah lama saya tidak update blog saya ini. kekangan masa meyebabkan saya tidak berkesempatan berbuat demikian. Teknik yang saya perkenalkan awal Julai 2010 mengenai bagaimna menjana pendapatan melalui emas mendapat sambutan hangat…kali ini saya papar kan artikel yang di tulis oleh En.Zakaria Ismail . semoga ilmu yang sedikit ini mendapat manfaat bersama…

Bila bercakap pasal emas, pasti kita tidak akan terlepas untuk mendengar ungkapan:

“harga emas sentiasa naik”.

“emas tahun ni, lagi murah dari tahun depan”.

“baik beli sekarang, esok mahal, confirm tak boleh beli dah”.

“kenaikan emas, setahun 20 – 30% melebihi mana-mana instrumen yang lain”.

Apakah ungkapan ini FAKTA atau AUTA. Saya sendiri seorang peniaga emas. Saya juga sering mengungkapkan ungkapan-ungkapan di atas tetapi disokong dengan bukti-bukti dan fakta-fakta yang boleh kita dapati kalau kita rajin untuk membaca dan mencari.

Ya, memang benar harga emas akan naik secara relatifnya. Namun, pada hakikatnya, emas tidak mengalami sebarang kenaikan atau penurunan. Emas yang dibeli sebanyak 20gm akan tetap 20gm walaupun telah lama masa berlalu. Kenaikan harga yang kita saksikan ialah pada ukuran dan sandaran nilai emas itu semata-mata. Harga emas diukur dengan nilai mata wang. Harga emas kelihatan naik kerana nilai mata wang menyusut dan begitu juga sebaliknya. Tetapi jika dibuat sandaran dengan barangan, kita dapati tidak ada kenaikan harga yang berlaku. Kerana itu kita sering mendengar misalan perbandingan 1 dinar dengan seekor kambing dan 1 dirham dengan seekor ayam.

Benarkah harga emas tahun ini lebih murah? Apabila berbicara tentang komoditi, tidak kira sama ada emas atau selainnya, pasti kita akan dapat melihat kenaikan dan penurunan harga berlaku selari dengan permintaan dan penawaran. Emas ialah komoditi dari sumber alam yang tidak boleh diperbahurui. Apabila permintaan melebihi penawaran, maka kenaikan harga berlaku dan begitulah sebaliknya. Selain itu, faktor luaran seperti keadaan politik dan ekonomi juga menyumbang pada ketidakstabilan harga. Memang benar sejarah membuktikan harga emas sentiasa naik saban tahun tetapi dalam kenaikan tersebut, masih terdapat beberapa penurunan akibat beberapa faktor luaran.

Murah atau mahal nilai sesuatu barang adalah subjektif. Bagi yang berpendapatan rendah, nilai RM1000 sudah dikira amat mahal, tetapi bagi yang berpendapatan tinggi nilai RM1000 sama seperti RM100 di sisinya. Oleh sebab subjektifnya maksud murah dan mahal bagi setiap individu, maka milikilah emas kerana anda perlu menyimpannya sebagi penyimpan dan pelindung nilai dan bukan kerana harganya murah atau mahal.
Kenaikan harga emas hanya mampu dibuktikan berdasarkan sejarah. Tidak ada seorang manusia pun mampu meramal kepastian pada masa depan. Pandangan dan pendapat yang dilontarkan hanya berasaskan maklumat sejarah dan faktor-faktor yang menyokong teori mereka sahaja. Ramalan ini bukan dibuat seperti angan-angan kosong tetapi berdasarkan kajian ilmiah. Sesuatu itu hanya dapat disahkan tepat atau tidak apabila tiba masanya. Buat masa ini, jangkaan kenaikan harga emas sehingga USD5000/oz pada tahun 2012.

Oleh yang demikian, buatlah keputusan untuk memiliki emas kerana anda faham dan tahu mengapa anda perlu memiliki emas. Hubungi kami untuk mengenali emas dan mempelajari teknik-teknik memanipulasi emas. Kami akan menerangkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan dan menggandakan emas simpanan anda. Hubungi melalui email insankammil82@yahoo.com atau 017-7877-78

Simpan Dinar Turunkan Kos Haji dan Umrah..Bagaimana?

Ya, memang benar. Disebabkan kesan daripada nilai emas di pasaran dunia semakin naik dari tahun ke tahun, maka begitu juga nilai dinar turut akan naik. Marilah kita lihat trend harga emas dalam masa 10 tahun



Bahkan, prestasi harga emas untuk 10 tahun naik sehingga 398% dan purata 25% – 37% setahun. Berikut contoh prestasi harga untuk 2009 cecah 37%:
Harga Emas 2 Januari 2009 = USD 869.75 /Oz
Harga Emas 1 Disember 2009 = USD1193.50 /Oz

Kemudian, mari kita tengok sedikit kajian yang dilakukan oleh Ust Rafidi Hashim (dinar2dirham.com) bagaimana kos haji akan turun jika dinilai dengan Dinar Emas:

Rujuk graf di atas tahun 2002, kos Haji adalah setara dengan 63 dinar. Manakala, pada tahun 2009 kos Haji hanya setara 21 dinar jika dibandingkan dalam RM. Wah! hebat betul sebanyak 66% kos Haji dapat dikurangkan. Tidak mustahil jika 21 dinar sekarang (2010) jika disimpan selama 5 atau 6 tahun akan datang sudah cukup untuk membiaya 2 orang bakal haji.
Kepada sesiapa merancang untuk menunaikan umrah atau haji dalam masa 5 tahun dari sekarang. Nah! simpanlah dinar Emas sekurang-kurangnya 3,4 keping setahun.

Berminat? Hubungi saya untuk keterangan lanjut melalui insankammil82@yahoo.com atau 0177877078