Assalammualaikum sahabat-sahabat semua ---------- Senyum Selalu ---------

Monday, December 20, 2010

Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan


KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,"

"Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.

Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.

Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.

-- BERNAMA

Tuesday, November 23, 2010

Residential HVAC Contactors Part 2

How a Contactor Works

Bukti Baru Menyatakan Talian Kuasa Elektrik Voltan Tinggi Sebabkan Kanser

Bukti baru betapa talian kuasa elektrik voltan tinggi menyebabkan kanser dengan menjadikan butiran pencemaran melekat ke paru-paru manusia telah didedahkan oleh pasukan kajian dari Universiti Bristol.

Kajian pasukan itu menunjukkan yang butiran asap kereta mendapat charge elektrik dari talian kuasa elektrik yang menjadikan mereka ‘melekit’- menyebabkan orang yang tinggal berhampiran talian itu terdedah kepada 2 atau 3 kali dos harian bahan cemar yang berpotensi merosakkan peparu mereka.

David Henshaw dari Universiti Bristol berkata penemuan itu ialah ‘hubungkait yang hilang’ yang menunjukkan bagaimana talian kuasa boleh menyebabkan kejadian kanser secara berkelompok- sesuatu yang industri elektrik sejagat telah belanjakan jutaan Pound mengkaji tanpa mendapat jawapan yang tepat.

Kaji selidik beliau telah disokong oleh Dr Alan Preece di Sekolah Perubatan Bristol di mana kajian di Barat negara itu telah menunjukkan betapa penduduk yang tinggal 500 meter di bawah tiupan angin talian kuasa mempunyai 29 peratus peluang mengidap penyakit kanser paru-paru. Penemuan ini mengesahkan bagaimana kawasan habuk yang ‘melekit’ dari ekzos kereta dibawa arah angin dari talian kuasa itu.

Kedua lelaki terpelajar itu percaya yang pembinaan rumah baru berhampiran talian kuasa atau membenarkan pembinaan talian kuasa elektrik baru berhampiran rumah wajar dihentikan sehinggalah kajian mereka disiasat. Larangan sebegitu telah pun wujud di AS dan Sweden. (bagaimana dengan di Malaysia??- Penterjemah) Saintis itu telah pun mendapat sokongan dari William Hague, ketua parti Tory. Northallerton, dalam kawasan Parlimennya telah mengidap kanser yang tidak dapat diterangkan dan tinggal berhampiran talian kuasa.

Kajian bagi mencari hubungan antara talian kuasa dan kanser telah berjalan selama 20 tahun, tetapi saintis telah mengkaji penyebab yang lain- kesan medan elektromagnet yang dihasilkan oleh talian itu.

Apa yang pasukan Prof Henshaw temui bukanlah kesan langsung ke atas badan tetapi kesan mekanikal tidak langsung yang menyebabkan pengumpulan bahan cemar dalam paru-paru.

Pengukuran yang diambil di UK dan Eropah menunjukkan semua talian kuasa dikelilingi oleh korona ion yang bercaj. Semakin lama dan kasar talian itu, semakin besar korona tersebut. Ion dari korona itu dibawa aliran angin mengikut angin, melekatkan diri mereka kepada 15,000 butiran debu bagi setiap satu meter kubik pencemaran yang terapung di udara. .

Ion itu menyebabkan debu memperolehi caj elektrik dan menyebabkan mereka melekit ke permukaan. Apabila mereka masuk ke kapilari darah dalam paru-paru ianya tertarik ke permuakaan dan melekat.

Prof Henshaw berkata: “ini tidak akan berlaku sekiranya talian itu dibumikan (ditanam). Kita memiliki teknologi itu cuma harganya begitu tinggi.”

Dr Preece seorang Epidemiologis di jabatan onkologi (barah) Bristol akan memberitahu dalam rancangan Radio 4 hari ini yang ia melihat kejadian kanser di seluruh Barat Daya England bagi menghakimi risiko relatif bagi mereka yang tinggal dalam jarak 400 meter dari talian kuasa.

“Kami menjumpai berlebihan angka mereka yang mengidap barah paru-paru dalam kumpulan itu yang tinggal sekitar 400 meter dari rtalian kuasa ketika diagnosis dibuat.” Beliau berkata elemen yang paling mengejutkan ialah kanser itu hanya berlaku di kawasan bawah angin dari talian (downwind).

Dr Preece enggan membincangkan penemuannya itu secara mendalam sehingga ianya diteliti oleh saintis lain tetapi laporan yang dibuat kepada ‘Bioelectromagnetics Society’ di Munich awal tahun ini berkata angka itu 29 %- dan ianya telah pun mengambil-kira kesan merokok.

Hague berkata dalam konstituensinya ia mempunyai lapan kes leukemia kanak-kanak, kanser hati dan lain penyakit berhampiran talian kuasa. Selepas berjumpa Prof Henshaw, beliau berkata: “berkaitan dengan pembinaan talian baru, Grid Nasional wajar menyelidik bukti baru sebelum meneruskan juga projek itu.”

Dr John Swanson, penasihat Saintifik kepada Grid Nasional dan penasihat tentang elektrik dan medan magnetik kepada Persatuan Elektrisiti berkata ia menerima bukti yang dibawa Prof Henshaw yang menunjukkan talian kuasa memberi kesan ke atas debu yang dibawa angin. “Saya tidak percaya yang ia telah menunjukkan bahan itu mempunyai kesan ke atas kesihatan.”

“Kita tidak pernah mengatakan secara kategorinya yang talian kuasa selamat, itu bukanlah suatu yang jujur. Apa yang kita katakan ialah apabila anda melihat kajian secara menyeluruh anda akan membuat konklusi yang keseimbangan bukti yang talian kuasa tidak mempunyai kesan ke atas kesihatan.”

Artikel Berkaitan : Bahaya Rumah Berhampiran Pencawang Elektrik Voltan Tinggi

Wednesday, November 10, 2010

NABI MUHAMMAD SAW (DLM BUKU AGAMA HINDU)

Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. DiIndia adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darahdimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dariBengali. Penyelidik sekular.



Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.



Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:



1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialamini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabiyang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.



2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.



3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat,VVISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).



1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.



2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad SAW dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.



3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.



4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang Burak dalam satu malam.



5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.



6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).



7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.



Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.





ORIGiNAL ARTICLE



Muhammad The Prophet of Islam in Hindu Scriptures



One Hindu research professor, in his stunning book, claims that the description of Avatar found in the holy books of Hindu religion is infact that of the Prophet Muhammad (s.a.w). A little while ago, in India a fact revealing book has been published, which has been the topic of discussions and gossip, all over the country. If the author of this book were a Muslim, he would have been arrested or he could have been murdered and all the copies of this book would have been confiscated. Even a ban would have been extended on its further publications. A riot and violence would have broken out against nnocent Muslims and their blood would have been shed.



Amazingly the author of this book is a fair-minded facous professor, who happens to be a Hindu. His name is Pandit Vedaprakash Upadhai and the name of his fact revealing book is Kalki Avatar. The author is a Hindu Bramin by caste of Bengali origin. He is a research sholar, a seeker of the Truth and a Well known Pandit in Allahabad niversity. After years of research.



According to Hindu belief and their holy books, the description of the guide and the leader, named Kalki Avatar, fits only to the Prophet Muhammad of Arabia (s.a.w). So the Hindus of the wole world should not wait any longer for the arrival of Kalki Avatar (the spirit) and should readily accept Prophet Muhammad (s.a.w) as Kalki Avatar. The facts are verified and supported by the eight eminent pandits. What the author and the eight other eminent pandits say is that the Hindus who are still anxiously awaiting the arrival of Kalki Avatar are simply subjecting themselves to a never ending wait. Because such a great messenger has come and departed from this world fourteen centuries ago.



The author produces following sound evidences from the Vedas and other holy books of Hindu religion in support of his claim :-



1. In Purana (a holy book of Hindus) it is stated that Kalki Avatar would be the last messenger (prophet) of God in this world for the Guidance of the whole world and all human beings.



2. According to a Hindu religion prediction, the birth of Kalki Avatar, would take place in an isle which again according to Hindu religion is Arab Region.



3. In books of Hindus, the names of the fatherand the mother of Kalki Avatar are given as VISHNUBHAGAT and SUMAANI respectively. If we examine the meanings of these names we shall come to a very interesting conclusion:



Take VISHNUBHAGAT= VISHNU (meaning God) + BHAGAT(meaning slave) = ALLAH + ABDUL (in arabic) = Slave of God = ABDULLAH (in arabic) (name of Muhammad's Father) SUMAANI= PEACE or Calmness = amenah (in arabic)



4. In religious books of Hindus, it is mentioned that the staple food of Kalki Avatar would be dates and olives and he would be the most honest and truthful person in the region. Without any doubt the Prophet Muhammad (s.a.w) is acclaimed to possess these qualities.



5. It is stated in Vedas (holy book of Hindu Religion) that the birth of Kalki Avatar would take place in an honorable clan. This perfectly fits the Quraysh where the Prophet Muhammad (s.a.w) belonged to.



6. God would teach Kalki Avatar through His messenger (angel) in a cave. Allah taught Prohet Muhammad (s.a.w), through is messenger Jibraeel in a cave known as Gaar-e-Hiraa.



7. God would avail Kalki Avatar with a very speedy horse to ride and travel the whole world and the seven skies. Indication of Buraaque and Me'raaj (the night the prophet travelled the seven skies).



8. God would also avail Kalki Avatar with divine help. This was particularly proved in the Battle of Uhud.



9. Another dazzling account given about Kalki Avatar was that he would be born on the 12th of a month. Whereas the Prophet Muhammad (s.a.w) was born on the 12th of the Rabiul Awwal (Islamic Calender).



10. Kalki Avatar would be an excellent horse rider and a swordsman. The autor here draws the attention of Hindus that the real days of horses and swords have gone and the present time is of guns and missiles. So it would be foolish on the part of those who still expect Kalki Avatar, who should be an excellent rider and swordsman to come. In fact, the divine book, Holy Qur'aan contains qualities and signs attributed to Kalki Avatar reflecting on the Prophet Muhammad (s.a.w).



The author has given numerous arguments in favour of his claim that Kalki Avatar is in fact Prophet Muhammad (s.a.w) and those who still await the arrival of Kalki Avatar should think again.



Al Quran adalah pelengkap segala kitab sebelumnya seperti Taurat, Injil, Zabur dan Taurat dll. ALLAH HU AKBAR

Thursday, May 6, 2010

Kenalkah Anda pada Wong Fei Hung

Artikal ni diambil dari http://scripters.ning.com, atas dasar penyebaran fakta aku cuba sebarkan seperti yang diminta oleh penulis ini..Semoga fakta ini memberi manfaat pada semua..





Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin

Read more: http://scripters.ning.com/forum/topic/show?id=2386880%3ATopic%3A315607&xgs=1&xg_source=msg_share_topic#ixzz0n57j8a7D

Tuesday, May 4, 2010

Melihat Dengan Mata Hati

Aku baru je lepas format laptop ni,pakai windows 7 asyik ade problem je..Modem brodband celcom aku takde signal..jadi aku nak try guna vista pulak..rasa mcm ok je vista ni..

Alhamdulilah,ok dah laptop aku ni..Barulah aku leh surf internet...hehehhee

Tetiba aku teringat satu ayat ni.."Melihat Dari Mata Hati"..Mula-mula aku blur jugak ngan ayat ni...tp dalam pencarian pemikiran aku aku dapat jawapan dalam diri aku..Bagi aku melihat dengan Mata Zahir tak sama dengan melihat dari MAta Hati...Orang tua-tua ada cakap "Biar Buta Mata,Jgn Buta HAti"...kat sini kita boleh nampak betapa penting melihat dari MAta HAti..

Contoh BULAN..Kita melihat Bulan satu objek yang bulat dan bercahaya...Jika kita lihat dari Mata Hati, kita bukan sahaja nampak bulan itu bercahaya tapi kita akan nampak lebih dari itu..Kita akan nampak KEBESARAN ALLAH...