Assalammualaikum sahabat-sahabat semua ---------- Senyum Selalu ---------

iLp Miri

Sumber Bekalan (AT)

Kesan Sambungan Sel Yang Berbeza

1. Siri-

* Jumlah voltan keluaran = hasil tambah voltan sel (E=E1+E2+E3...)
* Arus (I) keluaran yang mengalir di setiap sel adalah sama. (I1=I2=I3=I4...)
* Jumlah rintangan = hasil tambah rintangan dalam sel individu (R=R1+R2+R3...)

1. Selari-

* Voltan keluaran adalah sama. (E=E1=E2=E3...)
* Arus keluaran = hasil tambah arus setiap sel (I=I1+I2+I3+I4...)
* 1/R=1/R1+1/R2+1/3...

Maklumat Tambahan

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=SCI&b=JUL&m=2&t=2&r=m&i=NOTA

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber Bekalan (AT & AU)

1) Arus Terus (AT)

Definisi
Arus terus (a.t) merupakan arus elektrik yang mengalir berterusan pada satu arah sahaja. Ini merupakan jenis arus elektrik yang dibekalkan olah sel voltan. Selagi kekutuban voltan pada pangkalan-pangkalan sel voltan adalah tetap dan tidak terbalik, maka sel voltan ini boleh disebut sebagai punca voltan terus.

Sumber AT
  1. Bateri
  2. Sel Solar
2) Arus Ulang Alik (AU)


Definisi
Arus ulang alik (a.u) adalah arus yang sentiasa berubah-ubah pengalirannya. Perubahan arah pengaliran arus dalam litar a.u disebabkan olah perubahan kekutuban punca voltan yang berselang seli. Nilai arus akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif dan kemudian menurun ke sifar. Seterusnya, nilai arus ini akan menurun ke maksimum pada arah negatif. Kemudian, nilai arus naik kembali ke sifar.

Sumber AU
Salah satu sumber bagi arus ulang alik ialah penjana (generator) yang merupakan sebuah mesin yang menggunakan prinsip aruhan elektromagnet dimana ia menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Terdapat 2 cara untuk menjana voltan ulang alik (a.u) iaitu ;
  1. Pengalir bergerak, fluks medan magnet pegun (diam). (Pengalir memotong fluks)
  2. Fluks medan magnet bergerak, pengalir pegun (diam). (Fluks memotong pengalir)
Maklumat tambahan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Alternating_current

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh 1

Kamu boleh muat turun contoh 1 bagi unit 1 melalui link dibawah ini:
http://www.scribd.com/doc/24115609/Contoh-1

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bekalan Kuasa – Power Supply


Senarai komponen :
1 unit Transformer = 240V kepada 12V (step down)
4 Diode = IN4001 / IN 4002 / IN 4007
Kapasitor C1 = 4700uF, 25V
C2 = 4.7uF, 25V
IC Regulator:
7806 untuk output 6v
7809 untuk output 9V
7812 untuk output 12V.

Bekalan kuasa (power supply) merupakan satu komponen yang amat penting bagi memberi bekalan kuasa kepada litar-litar elektronik. Output bekalan kuasa bergantung kepada ic regulator. Sekiranya voltan pengubah/transformer 12V tetapi litar yang menggunakan bekalan masukan ialah 9V maka anda perlu menggunakan ic 7809 bagi mengeluarkan 9V pada output. Rektifier yang paling sesuai ialah jenis bridge. Rektifier menukarkan arus ulang alik ( a.c ) kepada arus terus ( d.c ). Penapis/ kapasitor digunakan untuk menstabilkan voltan. Regulator merupakan komponen yang akan convert voltan kepada voltan yang lebih rendah dari voltan masukan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tukar Plug Top 13A (Palam) Yang Rosak

Sebelum saya meneruskan sesi DIY menukar plug top 13A ini, marilah kita terlebih dahulu berkenalan dengan alat ini. Ia merupakan alat kelengkapan kepada peralatan elektrik. Biasanya ia digunakan untuk peralatan rumah dan mesti mengikut standard Malaysia iaitu MS 589/A dan British Standard, BS1363/A dan mesti diendors oleh SIRIM. Harga bagi Plug Top 13A ini di pasaran di antara RM 2.50 -Rm 3.50 bergantung kepada kedai yang kita beli.

Ia terdapat dalam 2 jenis. Satu yang tidak boleh di buka, maknanya tiada skru tetapi terdapat soket untuk buka dan tanggalkan fius untuk pengujian jika ada kerosakan. Jenis ini terdapat dalam color hitam atau putih dan biasa digunakan pada punca sambungan bekalan kuasa untuk computer, latop, printer, scanner, cerek elektrik, toaster, microwave dll.

Jenis Yang Tidak Boleh Dibuka
Terdapat soket untuk menanggal dan meletak fius

No comments:

Post a Comment